Pengasas

Selamat datang ke dunia mycartoonnizz.. 
Anda adalah tetamu terhormat kami.

Blog ini adalah khusus untuk peminat-peminat seni seperti seni lukis , catan, kartun, komik, karikatur dan banyak lagi yang mana bersangkut-paut dengan hal seni visual. 70% karya di dalam blog ini adalah hasil kerja Digital dan ada antara karya-karya dan artikel diambil daripada rakan-rakan seni yang lain untuk perkongsian bersama.

Siapakah mycartoonnizz?

 karikatur rakan-rakan semasa menuntut di UiTM sekitar tahun 1998


Pada awal tahun 2001, mycartoonnizz cuba menempa peluang dan menempatkan dirinya di persada arena artis komik tanahair dengan menggunakan nama panggilan  "meyloo".. karya pertama beliau bertajuk "Ahmad Zulhizam Elyas" diterbitkan selama 3 keluaran. Diterbitkan oleh salah sebuah Majalah Lawak tempatan yang pernah disertai oleh kartunis Aie dan Tembakau. Atas masalah produksi syarikat penerbitan majalah komik tersebut dibubarkan dan tidak lagi beroperasi. Kesannya baki lagi 3 keluaran karya tidak dapat dicetak






Komik yang telah dicetak sekitar tahun 2001-2002


Karya warna digital pertama yang dihasilkan pada tahun 2008. 



Tempahan pertama karikatur pengantin pada tahun 2008

Karya ini telah menjadi pencetus revolusi penghasilan karya daripada lukisan manual kepada lukisan digital. Ketika ini mycartoonnizz hanya menggunakan blog sebagai tapak promosi karya dan skill.

Apa pun admin bersyukur kerana masih mampu berkarya sehingga ke hari ni dan ribuan terima kasih kepada mereka yang pernah mendapatkan khidmat lukisan dan reka bentuk dari team mycartoonnizz khususnya nizzam mycartoonnizz.


 










 
mycartoonnizz
online graphic illustrator since 2008

E  : mycartoonnizz@gmail.com
W : http://mycartoonnizz.blogspot.com
H  : 013 - 23 77 983 (nizzam)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...