Proses Kerja

Salam ceria buat semua..

Nak tahu bagaimana proses karikatur di mycartoonnizz di hasilkan. Jika diikutkan memang memakan masa yang singkat untuk melukis dan mewarna karikatur namun faktor teknikal dan kualiti kerja diutamakana maka kita memperuntukan sejumlah tempoh yang relevan dan berbaloi untuk ditunggu oleh klien. Jika diikutkan dari sudut teknik melukis adalah lebih kurang sama dengan lain-lain kartunis, namun mycartoonnizz ada kaedah tersendiri bagi menyiapkan sesebuah tempahan lukisan karikatur.




Rajah 1: Lakaran PENSEL di atas kertas bersaiz A4

Rajah 1 menunjukan proses awal selepas mendapat pengesahan dari klien yang sudah bersetuju dengan konsep dan harga. Ya, lakaran ni melibatkan media pensel! Secara MANUAL..di atas sehelai kertas bersaiz A4.. (proses ini telah di lupuskan sejak tahun 2010 atas faktor artis telah memiliki drawing tablet)


Rajah 2: Proses mendakwat hitam.

Apabila lakaran pensel siap kini tiba proses pendakwatan dengan menggunakan pen, marker dan berus. Paling penting hasil kerja jangan selekeh dan comot. Faham2 lah... Nak buat kerja inker kena tenang bernafas dengan betul. Setelah habis inker boleh lah guna pemadam lembut untuk padamkan kesan pensel. (proses ini juga telah di lupuskan sejak tahun 2010 atas faktor artis telah memiliki drawing tablet)


 Rajah 3: Hasil kerja yang telah di imbas (scan) dikenali sebagai DRAFT

Ni lah hasil tadi yang telah discan dengan menggunakan mesin pengimbas (scanner).. Selepas tu file ini akan di simpan dengan format jpeg buat sementara waktu. Kemudian Perisian Adobe Photoshop digunakan untuk memberikan contrast outline inker tadi. Karya ini sudah boleh di hantar kepada pelanggan sebagai DRAFT. Jika pelanggan berpuas hati lukisan ini akan ke proses mewarna atau ada pengubahsuaian. proses ini akan dimulakan semula dan klien kena tunggu lagi1 hari.



Ok.. kali ini proses yang memerlukan pemilihan warna asas dan rata untuk dimasukkan pada mana2 ruangan yang sesuai. Pada peringkat ni, kena putuskan tema warna agar bila nak buat tone nanti x pening kepala..

Ini adalah proses memasukan tona warma dan merupakan bahagian yang paling seronok, perkara pertama kena pastikan pencahayaan dari mana supaya jatuhnya bayang-bayang. Kebiasaan proses ini hanya mengambil masa tidak sampai 1 jam untuk siap sempurna. Namun bergantung kepada detail setiap lukisan.


Nah, dah siap warna latar belakang. Lakaran latar belakang terus lukis kat Photoshop.. x payah nak buat lakaran secara manual (jimat masa).. yang penting kena serasi ngan sudut pandangan karektor.. kalu tidak macam tampal semacam jer..

Nah.! Siap dah versi warna latar belakang penuh (full version) karikatur kami yang paling eksklusif untuk pasangan couple yang nak abadikan wajah mereka menjadi kartun / karikatur.

Terima kasih dan kalau jadik nak tempah karikatur boleh hubungi kami untuk mendapatka sebutharga terkini dan terbaik khas untuk anda. Terima kasih sekali lagi dan selamat maju jaya kepada anda yang nak mencuba teknik kami ini.

Nota admin: Mycartoonnizz telah berkarya secara digital 100% pada tahun 2010. Artikel ini disediakan pada tahun 2008 dan telah di sunting beberapa kali dan kali terakhir adalah tahun 2014. Segala kelemahan dan kelebihan adalah untuk perkongsian bersama dan mycartoonnizz sedia berkongsi pendapat dan idea bagi kemajuan industri kartun dan komik negara.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...