Dec 25, 2018

Lukisan Digital Untuk Semua

2018 merupakan tahun yang unik kerana genap 10 tahun mycartoonnizz di wujudkan demi memenuhi keperluan dan rasa cinta kepada bidang seni visual digital. Persembahan mycartoonnizz melalui beberapa fasa dan penambahbaikan namun masih mengekalkan karektoristik utama sebagai kunci kejayaan dan mampu bertahan sehingga kini.

Mycartoonnizz tidak menolak tawaran klien yang mahukan sentuhan artis kami. Eksperimentasi sentiasa dijalankan lebih-lebih lagi jika kami perlu upgrade peralatan digital seiring dengan arus dunia tanpa sempadan sekarang.

Daripada melukis di atas kertas yang kemudianya discan menggunakan mesin pengimbas (printer 3 in 1) untuk tempoh 3 tahun. Proses kemasan dan mewarna 100% digital ketika itu menggunakan mouse! Stok kertas A4 sentiasa ada agar proses kerja dapat dimulakan dengan segera. Tempoh kerja ketika itu 3 job lukisan karikatur perkahwinan (ketika itu memang trend) boleh disiapkan dalam tempoh 1 hari.

Sekitar tahun ke 4, seorang rakan memperkenalkan penggunaan pen stylus. Kesan dan impak kepada penjimatan sangat ketara. Tiada lukisan manual lagi. Tiada kertas A4 untuk melakar. 100% digital. Tempoh bekerja lebih efisyen dan lebih pantas untuk dibetulkan (edit).

Perisian? Mesti mencuba, rakan-rakan media sosial ada mencadangkan pelbagai perisian yang mereka guna, dan betul semua perisian yang dikatakan itu sangat mudah dan menghasilkan kesan yang lebih baik persembahan karyanya. Tapi semua itu memerlukan masa dan artis tiada masa untuk berlatih perisian baru!

Maka kekal menggunakan Adobe Photoshop CS-CS3-CS6 sehingga penghujung tahun ke 9 (2017). Penggunaan 1 PC ( Zaman Tok Kadok yang di upgrade mouse & keyboard baru ) dan 2 Laptop ( Bajet under RM1.5 K ), 3 jenis Stylus pen tablet ( Bajet under RM500). Gajet ini kekal digunakan sehingga ke saat ini namun ada yang telah berehat dan ada juga dah arwah.

Awal 2018 detik perubahan!. Iyalah 10 tahun kita kena ada kemajuan. Namun tidaklah berisiko tinggi. Samsung Tab A with stylus pen menjadi mangsa bonus ASB adalah memenuhi bajet under RM1000. Gajet ini berkuasa (ok lah kan...) sederhana. Sangat memberi impak dari sudut mobility bekerja. Dimana-mana artis mycartoonnizz mampu berkarya dan menyiapkan lukisan digital tanpa rasa sangsi!

Jadi sehingga ke bulan terakhir bagi tahun 2018. mycartoonnizz lampirkan antara projek dan hasil karya menggunakan 100% Samsung Tab A with stylus pen. Selamat menonton.









































Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork. Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Karikatur Perpisahan VVIP

Perkara yang paling istimewa buat mereka yang akan bersara adalah sebuah ingatan. Persaraan bukanlah pengakhiran dalam hidup seseorang tetapi merupakan sebuah permulaan dan kepulangan yang dinanti oleh anak-anak menantu serta cucu dalam mengharungi kehidupan yang lebih bermakna.

Coretan Persaraan VVIP versi karikatur full color.















Mycartoonnizz menjalankan urusan secara online digital artwork.
Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan
tempahan melalui aplikasi:
:: WhatsApp [ 0132377983 ]
:: Facebook [ nizzam77@gmail.com ]
:: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

Mar 27, 2018

Lukisan digital Siri terkini

Nah, sudah sekian lama tidak membuka semula blog kesayanganku.

Antara lukisan digital yang dicoret di atas Samsung Galaxy Tab A (with s pen). Selamat menonton.














 Nota: Bila mana kerja semakin pantas, idea yang hadir terus sahaja dizahirkan di atas alat kesayangan baru ku. Kepada anda yang terbaca kami masih menerima tempahan lukisan digital dalam sebarang projek khususnya lukisan karikatur, kartun, ilustrasi buku dan banyak lagi.

Mycartoonist Network menjalankan urusan secara atas talian (online). Anda boleh berurusan untuk pertanyaan dan tempahan melalui aplikasi: :: WhatsApp [ 0132377983 ] :: Facebook [ nizzam77@gmail.com ] :: Email [ mycartoonnizz@gmail.com ]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...