Aug 30, 2015

Catan Air Realistik

Realistic Watercolour Painting Cut From Magazine

Pembelajaran selepas silibus selesai ialah guru membuat pengukuhan dan latih tubi kepada pelajar agar mereka tidak lupa teknik2 asas mewarna catan samada secara asas atau advance. 
Kemahiran memilih warna dan mewarna perlu di praktis sekerap mungkin bagi memastikan tahap kemahiran setiasa berada di paras optimum. Kemahiran akan menurun apabila kita lama tidak melakukanya.

Pelajar dihendaki memilih mana-mana gambar foto atau majalah yang mempunyai kualiti warna dan visual berkualiti untuk di tiru (copy). 
Langkah1: Potong sebahagian kecil mana2 bahagian gambar dan di tampal di atas kertas lukisan kosong. 
Langkah 2: Lukis / lakar dengan merujuk gambar yang sama.
Langkah 3: Warnakan mengikut rujukan gambar yang sama.

Ciri-ciri lukisan ini adalah mesti sama (realistik) dengan merujuk kepada gambar asal. Sebaik-baiknya praktis asas latihan ini dengan merujuk gambar foto daripada gambar lukisan.

Selamat mencuba.



Aug 26, 2015

Arca Asemblaj - Kerusi taman

Projek khas Pelajar Sekolah:  Arca Asemblaj yang bertemakan kerusi taman permainan kanak-kanak.
Projek mengambil masa 2 minggu bermula dari lakaran hingga pembinaan artifak. 
Tahniah anak-anak pelajar tingkatan 1 SMKKSAB johor bahru yang berani menyahut cabaran. Semoga projek ini mampu membakar semangat pelajar2 dari sekolah lain untuk berkarya dengan projek saiz sebenar.


Aug 25, 2015

Doodle Sehati Sejiwa

Bersempena tema Hari Kemerdekaan kali ke 58, "Sehati Sejiwa" mycartoonnizz tampilkan doodle spontan mentah dari white board drawing ke versi digital. Versi Digital ini bertujuan untuk dijadikan pertandingan lukisan poster bulan kemerdekaan peringkat sekolah.



Aug 20, 2015

Bendera Sekolah

Permintaan Pengetua untuk menggantikan bendera sekolah yang telah lusuh ditelan cuaca. Proses tak susah mana, cuma memerlukan proses trassing logo sekolah dalam perisian Ai untuk mendapatkan kualiti vector line drawing.

Servey di internet ada 1 syarikat menyediakan perkhidmatan digital printing atas fabrik. Untuk 1 bendera ni kos dalam rm120 sahaja kerana saiz 2x5 kaki sahaja. nak besar lagi ada. Tapi untuk saiz sederhana ini sangat sesuai digantung di tiang bendera sekolah. 


 Pembantu dikalangan pelajar memasang bendera di tiang.


 

Master artwork yang dihantar untuk proses cetakan digital fabrik.


Proses redesign hingga send ke printer dan terima hasil cetakan dalam tempoh 3 minggu sahaja. Poslaju dlm 3 hari sahaja. Hebat urusniaga zaman sekarang ni. rugi jika tak ambil peluang.



Untuk pertanyaan dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

Aug 19, 2015

White Board Art Drawing

Mengajar dengan berbantukan BBM (Bahan Bantu Mengajar) bagi kelas sekolah menengah memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Pelajar cepat bosan dengan cara sama guru mengajar. Pada hal teknik pengajaran itu sangat berkesan. Kalau boleh pelajar nak kejutan dan PdP pada hari tersebut ada unsur WOW baru mereka mendapat inspirasi dari itu.

Teknik saya mudah. Ambil beberapa pen marker samada biru, hitam atau merah (warna wajib di sekolah), berdasarkan pengamatan dari sumber internet dan bahan rujukan bergambar lain saya terus menconteng di atas papan putih (white board). Layan dalam 30 minit untuk detail. Biasa kalau buat demontrasi lakaran lukisan perspektif, teknik ini sangat berkesan. Pelajar lebih dapat kemahiran ini.


 Lukisan ini untuk pelajar SPM folio 2015. Lukisan Persembahan untuk projek Arca mereka. Dapatan dari lukisan ini mereka akan mengubahsuai agar menjadi lukisan mereka sendiri.


 Lukisan ini untuk pelajar tingkatan 4 yang berlatih untuk lukisan kertas 2. Syarat lukisan ini adalah kemahiran lukisan perspektif 1 titik. Kaedah "tiru dulu, baru buat" banyak di amalkan disini. Pelajar sangat-sangat bergantung kepada bahan contoh samada dari guru atau bahan di studio. 


Fokus utama BBM ini adalah untuk mengasah kemahiran melakar pelajar. Memberi keyakinan kepada mereka pada apa yang mereka rancang. Lagi BBM ini tidak sesuai untuk projek mewarna atas faktor media yang tidak sesuai.. Untuk Lukisan media pen dan pensel sangat sesuai dan berkesan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...