Feb 11, 2015

Muat turun Soalan Kertas 3 Pendidikan Seni Visual SPM 2015

Salam hormat semua,

Bermula 1 Februari hingga 30 Julai, anak-anak pelajar di seluruh malaysia yang mengambil elektif SPM Pendidikan Seni Visual telah boleh melihat soalan Kerja Kursus bagi tahun 2015 ini di laman web Lembaga Peperiksaan. (klik link ini: http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=522:2611-3-pendidikan-seni-visual-3&catid=24:kerja-kursus-spm&Itemid=116&lang=en )

Untuk yang tidak biasa melihat laman web Lembaga Peperiksaan boleh lihat anak panah di bawah ni untuk muat turun pdf file yang boleh dicetak terus. Senang dan mudah.


Insya allah dalam seminggu dua ni mycartoonnizz akan share beberapa contoh kajian pilihan mengikut kekuatan kemahiran pelajar. Selamat menbaca dan memilih!

Feb 5, 2015

Maskot untuk trademark perniagaan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

2015 ini dimulakan dengan beberapa job design. Kurang job kartun atas faktor kebanyakan klien sibuk menngemas kini data tahun lepas dan mengatur strategi tahun 2015.

Terbaru di mycartoonnizz, job reka bentuk maskot untuk trademark produk / syarikat. Local company yang berdaya maju dan mahu bersaing ke peringkat global dengan bekalan produk tempatan.

Nama maskot belum ada, tapi di kalangan designer mycartoonnizz menamakannya Encik Tebu atau Mr Tebu. Selepas perjumpaan dan mendengar hala tuju klien, admin mendapat ilham untuk menghasilkan karektor maskot yang bercirikan tempatan (Malaysia) tetapi value international. Kalau ada rezeki maskot ni akan diguna pakai sampai ke Dubai. Insha Allah. Amin.

Tempoh yang diberikan tidak lama dan mycartoonnizz tidak gemar mengambil job/projek yang makan masa lama untuk final. Jadi tempoh kerja reka bentuk maskot ini dijangkakan makan masa 1 minggu minima dan 2 minggu maksimum dan diharapkan maskot ini dapat segera digunakan bagi sebarang bentuk pameran dan ekpo yang dirancang oleh mereka.

2 artwork ini telah melalui beberapa saringan dan ia masih belum final setakat entry ini di taip. Insha Allah admin akan update progress reka bentuk maskot ini dari masa ke semasa.


2 versi tradisional dan 1 Malysia
 
 preview color rendering style (not final yet)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...