Sep 11, 2013

Sebuah Lukisan baru bermula

Sememangnya seronok dan mencabar bila melukis secaqra manual, jauh dari teknologi digital yang mudah kita nak undo atau betulkan kesilapan bila proses melukis berlangsung.

Apa pun keseronokan dalam melayan berus lukisan dengan campuran warna-warna hingga terhasilnya sebuah gambaran lukisan. Lama tidak berkarya dan biasa saya tidak mengambil masa yang lama untuk mengadap sesuatu lukisan paling lama mungkin 1 hari sahaja.. Tak sabar nak lihat kerja siap sempurna atau mungkin ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.

In sha Allah lepas ini blog akan disajikan dengan pelbagai genre lukisan dan karya gabungan pelukis tegar di mycartoonnizz. Nantikan kemunculannya dan jangan lupa jika berminat nak beli boleh emel atau call sahaja. :)

Sep 10, 2013

Berkarya semula

Mengisi masa dengan pelbagai projek offline hingga terlupa blog ini perlu diupdate sentiasa.. Apa pun terima kasih kepada mereka yang kerap berkunjung ke mycartoonnizz untuk meninjau pakej2 lukisan terkini khususnya karikatur. Ramai yang ber emel kepada admin dan ada yang smepat dibalas segera ada juga kena tunggu 2-3 hari baru direply emelnya.

Tak nak membebel banyak sebab ada kerja sedang menanti cuma nak war-warkan disini yang Mycartoonnizz bakal menyusun tara sistem tempahan dan proses kerja lukisan digital kami dengan membuka peluang projek yang lebih besar untuk anda tawarkan.

Berikut adalah projek yang boleh kami terima:

1. Lukisan karikatur untuk - Kad Perkahwinan, Banner, Bunting, Avatar, Profile Picture, Bookmark dsb.
2. Lukisan muka depan - Buku Tulis, Majalah, Buku Kanak-kanak dsb
3. Reka bentuk / Lukisan mural - Gym, Taska, Pejabat, Promosi, Expo, Backdrop dsb.
4. Reka bentuk grafik - Logo, Simbol, Blog, Header, Icon, T.shirt, Survinuer dsb.

Artis Mycartoonnizz juga boleh hadir ke lokasi untuk Pakej Live Caricature eksklusif lokasi sekitar Negeri Johor sahaja.

Emelkan cadangan  dan tawaran projek anda ke mycartoonnizz@gmail.com dengan bajet projek anda dan kami akan respon secepat yang mungkin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...