Jun 26, 2012

T.shirt design






Lakaran awal idea dan konsep dari mycartoonnizz 2012
 
Alo, kali ni nak update tentang kerja terkini untuk pelajar tingkatan 4. Tugasan diberi tempoh selama 2 minggu untuk proses lakaran idea. Kemudian pemilihan idea terbaik akan dilakukan sebelum kerja-kerja penghasilan stensil pada plastik tebal.

Tshirt warna Putih sahaja dibenarkan. Motif dan tema adalah bebas.

Insyallah jika tiada aral.. kita akan pamerkan hasil kerja pelajar2 ni kelak dengan gaya masing2.. Kalau bernasib baik boleh jual..! =)


Jun 25, 2012

Seni di Kasut..!






Haha.. kejadian ini berlaku di Temasya Sukan & Balapan tempoh hari. Ada la yang rajin susun kasut aku yang comel lagi berseni ni.. mungkin kelihatan kontra dengan kasut yang disebelah. Apa pun terima kasih kerana sudi menangkap curi foto ini dan tag aku di FB... (klik utk nak comment)

Kasut ni ditinggalkan sekejap untuk tuannya beraksi bagi acara pegawai 4x50 meter berganti-ganti. Macam biasa kedudukan no 1 adalah sasaran dan berjaya mendapatnya. Hasil dari kejadian itu kaki sebelah kanan sakit otot selama 2 hari.. huhuhu

Ramai nak tempah lukisan di kasut. Kena tunggu selepas cuti hari raya nanti sebab ada tugasan lain yang perlu diselesaikan sepanjang 2 bulan ini.

tukar layout~tukar angin 2012

Alo.. sempat ke tidak usaha tangga kejayaan. masa memang sangat suntuk untuk update blog. Bukan sahaja nak update juga kena pastikan prestasi paparan sentiasa segar dan menarik untuk dilawati.
Jadi sedikit perubahan dilakukan terhadap layout dan header baru ini. Harap-harap ia memberi trafik lebih baik bulan ini.
Sebelum

Alasan: Paparan karektor gadis comel dengan belon dialog tertera info ringkas tentang kaedah tempahan di mycartoonnizz. Juga semasa header ini diperkenalkan, mycartoonnizz belum menetapkan logo dan lebih eksperimental dalam setiap karya yang dihasilkan. Latar belakang pula disusun hasil karya terdahulu sebelum bergelar pelukis digital.

Selepas
Alasan: Berwarna warni. Antara karya mycartoonnizz yang paling berbisa dan paling teliti. Jadi header kali ini lebih memberi penghormatan kepada bekas pelanggan yang begitu taksub untuk mendapatkan karya terbaik dari mycartoonnizz. Disamping itu di letakkan perkataan yang menonjolakan jenis lukisan dan tempahan yang biasa diterima di mycartoonnizz.

Harapan kami agar Header baru ini memberi impak maksima terhadap industri karikatur dan seni tampak di Malaysia. Salam hormat kepada anda dan selamat mendapatkan perkhidmatan di mycartoonnizz.

Mycartoonnizz antara pelukis digital berbakat malaysia 2012

Jun 12, 2012

karikatur digital 100% origenal

Helo semua, mycartoonnizz nak heboh-heboh disini yang kami akan mengadakan feasta kartun comel dengan harga dari rm5.00 seorang. Anda digalakkan menempah dalam kumpulan lebih dari 5 orang dalam 1 email.

Tak susah tau.. nnt kita info lagi.. poster belum siap tapi tak sabar dah nak cerita hihi..

Apa pun kepada mereka yang nak menempah karikatur pengantin harga seperti biasa ok.. jangan marah.. korang punya dah spesel.. 

Saje nak upload antara job terkini yang selamat di buat sepanjang hujung Mei dan awal Jun 2012.. Terima kasih kerana mendapatkan perkhidmatan mycartoonnizz!








Untuk pertanyaan pakej dan tempahan sila email mycartoonnizz@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...