Feb 21, 2012

Motivasi - Minat

Entry kali ini saja nak kongsi cebisan fikiran dari pakar motivasi perniagaan siapa tak kenal mr Irfan Khairi.. So sila baca dan harap ia dapat membantu anda dalam menempuh dunia perniagaan dan juga pekerjaan.

Kalau buat perkara yang kita TAK minat...

  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat... kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan...
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat... kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh...
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat... kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelaka akan gagal...
 Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat...

  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!
Untuk berjaya, lakukan perkara yang anda MINAT!

Artikel dari irfankhairi.com

Feb 11, 2012

Kaikatur Zaimah Skudai, Johor

Pakej : Master Full Color With Background Templet
Tema : Wedding
Color : Orange - Purple
Costume : Songket & Gaun


Hai, salam bahagia buat semua...hari ni last order dah submit dan menunggu approval dari pelanggan dan alhamdulillah setakat ni hanya 1 job sahaja lewat atas sebab banyak kali draft
Apa pun semua ini adalah khidmat yang kami berikan kepada semua pelanggan tidak mengira pakej mana pilihan mereka.

Kali ni nak hilight satu job yang agak lama tidak ditempah, job karikatur ada latarbelakang. Cik Zaimah dari Skudai, Johor. Karikatur ini bakal digunakan untuk bunting dan kad jemputan katanya. Mudah-mudahan zaimah dan pasangannya enjoy dan lepas ni tag mycartoonnizz di facebook bila dah print karya ni..

--
mycartoonnizz
online graphic illustrator since 2008

F  : nizzzampurplenstudiomycartoonnizz
E  : mycartoonnizz@gmail.com
W : http://mycartoonnizz.blogspot.com
H  : 013 - 23 77 983 (nizzam)

Feb 8, 2012

Lagi draft untuk approval...


 Job ini dari Zaimah dari Skudai, Johor... Draft ini telah sah dan komen hanya melibatkan wajah lelaki sahaja. Syukur dan proses mewarna akan dilakukan dalam tempoh 2 hari ini.
--
mycartoonnizz
online graphic illustrator since 2008

F  : nizzzampurplenstudiomycartoonnizz
E  : mycartoonnizz@gmail.com
W : http://mycartoonnizz.blogspot.com
H  : 013 - 23 77 983 (nizzam)

Feb 5, 2012

Lagi draft minggu ini..



Pasangan Zamir & Afiena. Draft kali ke 3.. Sebab last minit bagitau nak tukar pakaian mereka dari casual ke Pengantin.. Apa nak buat .. kepuasan pelanggan. Harap draft ni lepas kalau tidak..huhu...nangis!


--
mycartoonnizz
online graphic illustrator since 2008

F  : nizzzampurplenstudiomycartoonnizz
E  : mycartoonnizz@gmail.com
W : http://mycartoonnizz.blogspot.com
H  : 013 - 23 77 983 (nizzam)

Feb 4, 2012

Kartun Design (draft)

 Hai, order terbaru dari Iris Awana, Syarikat Percetakan & Perunding Perkahwinan. Diorang ni selalu mereka bentuk berbagai design baru untuk kad-kad mereka dan terbaru mereka meminta artis kami untuk membuat satu karektor couple dengan pakaian moden naik kereta ... ala-ala olskul... hehe... draft dah siap menunggu respon bos mereka.. terbaik!!

mycartoonnizz
online graphic illustrator since 2008

F  : nizzzampurplenstudiomycartoonnizz
E  : mycartoonnizz@gmail.com
W : http://mycartoonnizz.blogspot.com
H  : 013 - 23 77 983 (nizzam)

Drafting 24 hour!

Hai,
Minggu ni adalah minggu paling sibuk dimana studio mycartoonnizz menerima tempahan bertali arus. Dan kami menerima tempahan design bunting dan banner dari ramai pelanggan yang mahu sentuhan dari designer mycartoonnizz.

Disini saya paparkan beberapa draft yang masuk kali ke 2.. dan anda boleh lihat perbezaan yang biasa kami buat untuk kepuasan pelanggan.

Draft diatas adalah lakaran pertama yang dibuat. Komen pelanggan adalah wajah dia dan isteri tak sama langsung. OK kami sedia menerima komen begitu janji pelanggan puas hati. Ye la.. pada mata pelukis kami, lukisan dibuat dari foto yang dikirim.. Foto yang diberi terhad 2 keping. Dan minta lukiskan mereka nampak muda.. So yang diatas REJECT! Pelanggan kena tunggu 6 jam untuk 2nd draft dibuat.
Draft 2.0,, Banyak bezakan.. Sebelum ini beri foto yang tak pakai tundung dan berkaca mata.Fokus kami hanyalah pada wajah sahaja. Badan dan pakaian tidak diubah kerana ia sudah mengikut tema karikatur..Biasanya untuk draft ke 2 tiada masalah kerana pelukis kami telah menerima beberapa foto yang pose berbeza. Dan hasilnya berbeza sedikit. Terpulang kepada tuan punya diri untuk menilai karya kami.. Kami sedia memulangkan semula wang anda jika hasil kerja kami tak memenuhi kehendak anda.. Mungkin dengan wang itu anda boleh mencari pelukis yang lebih baik dari kami.. :)

Nah setakat ni lah mycartoonnizz nak kongsi bersama anda.. Memang seronok layan kerenah pelanggan yang bermacam-macam ragam.. Apa pun kami sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa sabar dan peka dalam apa jua situasi apabila berunding.

Semoga paparan ini boleh memberi gambaran kepada mereka (bakal pelanggan) bagaimana nak berurusniaga dengan MYCARTOONNIZZ.. Adiosssa!


--
mycartoonnizz
online graphic illustrator since 2008

F  : nizzzampurplenstudiomycartoonnizz
E  : mycartoonnizz@gmail.com
W : http://mycartoonnizz.blogspot.com
H  : 013 - 23 77 983 (nizzam)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...