Oct 27, 2011

Karikatur Faizaa & Masitah from Singapore

 Salam hormat buat semua.. selamat menjamu mata korang dengan latest karya dari mycartoonnizz.. kali ni tempahan julung2 kali dari luar negara.. Pasangan dari singapura... lepas ni harap2 ramai lagi tempahan dari luar negara.. dan harga untuk pasaran luar negara pun pastinya berbeza.. x dpt nak merepek banyak.. ada banyak lagi kerja sedang menunggu..!



Apa2 pun  terima kasih kepada Studio Inspirasi kerana mendapat khidmat artis mycartoonnizz dalam penghasilan karikatur pasangan Faizaa dan Masitah.. adios.. :)


Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Oct 24, 2011

Marina & Faizza - Singapore


Salam  hormat kepada pengunjung di Mycartoonnizz..Untuk kali ini satu lagi customer yang mahu karikatur mereka berlatarbelakangkan kereta sukan kegemaran mereka..Draft dah lulus,, tinggal untuk warna sahaja.. insyallah lagi 2 hari siap.. sama2 kita nantikan hasilnya.. Warna tema Hitam KeEmasan... mantab beb.. :)


Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Oct 18, 2011

Idea Tatarias Pelamin Konsep Karikatur

 Kredit kepada Ana Farhana & Suaminya

Salam hormat buat semua,,, entry kali ini nak share sesuatu yang amat membanggakan buat team mycartoonnizz. Sesuatu yang pertama kali dibuat orang rasanya.Pelanggan kami Ana Farhana dari Kulai Johor, telah membuat pelamin mereka daripada lukisan Karikatur.. memang diorang plan asal nak buat begitu... so kita sama bagi idea untuk sesuaikan latar belakang ala-ala bunga sakura.... Alhamdullillah mereka berdua telah selamat nikah dan bersanding...dan dengan izin tuan punya foto (fb : ana farhana) saya attach foto kahwin mereka berlatar belakang pelamin karikatur.

Terbaik. Tahniah diucapkan..

Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Oct 17, 2011

Jawatan Kosong Pelukis

 Salam hormat,

Bagi memperkemaskan perjalanan kerja di Studio Mycartoonnizz yang telah sibuk menerima tempahan secara online sejak tahun 2011.. Kini kami ingin membuka peluang pendapatan sampingan secara Freelance kepada mereka yang layak.
 
Mycartoonnizz ingin mempelawa kepada anda diluar sana yang mempunyai syarat-syarat dibawah.

Syarat-syarat:
  1. Boleh melukis secara digital
  2. Boleh mewarna secara digital
  3. Boleh berinteraksi secara online
  4. Mempunyai gaya lukisan tersendiri
  5. Mempunyai daya imaginasi & kreativiti tinggi
  6. Mampu melaksanakan tugas dalam tekanan masa
  7. Mampu bertugas diluar kawasan (event)
  8. Berumur 18 tahun keatas
  9. Warganegara Malaysia
Jika anda orang yang kami cari.. sila hantarkan resume anda dan sertakan beberapa contoh karya anda.. Keutamaan kami adalah kepada mereka yang berMINAT untuk mengembangkan kemahiran mereka.. Latihan khusus untuk Lukisan Digital akan diberikan secara PERCUMA



Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...