Nov 14, 2011

New Update Job November

Salam hormat buat semua pengujung mycartoonnizz.. Bulan ini kami update 3 order dari pelanggan kami yang sporting... Tema dan idea macam2 dan sempoi.. Kelainan ini yang dicari2.. memberikan cabaran kepada artis kami untuk mempersembahkannya.. Kepada mereka yang masih tercari2 artis karikatur wajah anda.. jom tempah di sini.. Harga tawaran sangat memuaskan hati dan anda berurusan dengan kami secara profesional.







Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Nov 3, 2011

Draft Farra & Fairoz dari Seri Manjung, Perak


Betul2 draft kali ni.. x sempat nak clean betul2 line contrast pada tali belon.. apa2 hal yang penting nak tengok wajah dan gaya ok ke tidak daripada customer..  :)

Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Nov 1, 2011

Marsyita & Fidzri - Kedah


Salam hormat buat anda semua... terkini dari Mycartoonnizz, Karikatur berdua (couple) edisi khas untuk pasangan Marsyita & Fidzri dari Kedah. Tempahan pada tarikh paling istimewa hari ini 1.11.11 hu3.. mudah2an diorang suka dan terima terus draft ni...hu3..
Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Oct 27, 2011

Karikatur Faizaa & Masitah from Singapore

 Salam hormat buat semua.. selamat menjamu mata korang dengan latest karya dari mycartoonnizz.. kali ni tempahan julung2 kali dari luar negara.. Pasangan dari singapura... lepas ni harap2 ramai lagi tempahan dari luar negara.. dan harga untuk pasaran luar negara pun pastinya berbeza.. x dpt nak merepek banyak.. ada banyak lagi kerja sedang menunggu..!



Apa2 pun  terima kasih kepada Studio Inspirasi kerana mendapat khidmat artis mycartoonnizz dalam penghasilan karikatur pasangan Faizaa dan Masitah.. adios.. :)


Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Oct 24, 2011

Marina & Faizza - Singapore


Salam  hormat kepada pengunjung di Mycartoonnizz..Untuk kali ini satu lagi customer yang mahu karikatur mereka berlatarbelakangkan kereta sukan kegemaran mereka..Draft dah lulus,, tinggal untuk warna sahaja.. insyallah lagi 2 hari siap.. sama2 kita nantikan hasilnya.. Warna tema Hitam KeEmasan... mantab beb.. :)


Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Oct 18, 2011

Idea Tatarias Pelamin Konsep Karikatur

 Kredit kepada Ana Farhana & Suaminya

Salam hormat buat semua,,, entry kali ini nak share sesuatu yang amat membanggakan buat team mycartoonnizz. Sesuatu yang pertama kali dibuat orang rasanya.Pelanggan kami Ana Farhana dari Kulai Johor, telah membuat pelamin mereka daripada lukisan Karikatur.. memang diorang plan asal nak buat begitu... so kita sama bagi idea untuk sesuaikan latar belakang ala-ala bunga sakura.... Alhamdullillah mereka berdua telah selamat nikah dan bersanding...dan dengan izin tuan punya foto (fb : ana farhana) saya attach foto kahwin mereka berlatar belakang pelamin karikatur.

Terbaik. Tahniah diucapkan..

Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Oct 17, 2011

Jawatan Kosong Pelukis

 Salam hormat,

Bagi memperkemaskan perjalanan kerja di Studio Mycartoonnizz yang telah sibuk menerima tempahan secara online sejak tahun 2011.. Kini kami ingin membuka peluang pendapatan sampingan secara Freelance kepada mereka yang layak.
 
Mycartoonnizz ingin mempelawa kepada anda diluar sana yang mempunyai syarat-syarat dibawah.

Syarat-syarat:
  1. Boleh melukis secara digital
  2. Boleh mewarna secara digital
  3. Boleh berinteraksi secara online
  4. Mempunyai gaya lukisan tersendiri
  5. Mempunyai daya imaginasi & kreativiti tinggi
  6. Mampu melaksanakan tugas dalam tekanan masa
  7. Mampu bertugas diluar kawasan (event)
  8. Berumur 18 tahun keatas
  9. Warganegara Malaysia
Jika anda orang yang kami cari.. sila hantarkan resume anda dan sertakan beberapa contoh karya anda.. Keutamaan kami adalah kepada mereka yang berMINAT untuk mengembangkan kemahiran mereka.. Latihan khusus untuk Lukisan Digital akan diberikan secara PERCUMA



Mycartoonnizz 2011, Johor Bahru, Malaysia Untuk tempahan : mycartoonnizz@gmail.com Anda juga boleh menjemput artis Mycartoonnizz ke majlis harijadi, hari keluarga dan event perayaan. Meriahkan majlis anda dengan cara Mycartoonnizz.

Sep 25, 2011

Karikatur Berpasangan Khairuddin & Atikah dari Segamat

 Latest update..karya mycartoonnizz di hujung2 bulan September nih.. Pasangan ini akan menempah kad perkahwinan mereka kelak.. dan tema warna mereka Hijau Kuning...dan mereka suka konsep Islamik.. so pakaian mereka dicadangkan ala-ala jubah labuh dan baju melayu... :)

Untuk tempahan karikatur mycartoonnizz@gmail.com

Sep 22, 2011

Karikatur Bewarna Radhiah Famili

Siap sudah... versi color.. tinggal latar belakang sahaja still in progress.. insyallah malam ni customer dah boleh tengok.. Ok jer tiada perubahan... dah boleh terima full version file jpeg dan print untuk jadi koleksi peribadi mereka..

Sep 20, 2011

Draft 2.0 Radhiah & Suami...

Versi Pregnant.. Perubahan pada gaya.. kali ni diorang nak gaya bakal bapa & mama nak dapat 1st child... hehe... Sempoi..Cadangan latar belakang suasana ceria bilik baby..kita tengok apa respon diorang... :)

Cash deposit atau Internet Banking

Salam hormat buat anda semua diluar sana..Team Mycartoonnizz ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan untuk tahun ini sahaja Tempahan Karikatur Berpasangan telah melebihi sasaran yang ditetapkan... Alhamdulillah berkat kepercayaan anda semua yang enjoy dan sporting menerima karya dari kami di Mycartoonnizz..

Sehubungan itu kami bakal mengUpgrade perkhidmatan pembayaran kami ke satu peringkat lebih baik dimana ianya lebih memudahkan anda semua untuk membuat pembayaran tanpa bersesak atau tersangkut kat jam! Kepada mereka yang menggunakan Maybank2U memang tiada masalah,, cuma yang guna bank lain susah sikit... disebabkan online transfer makan masa 3 hari proses... maka draft karikatur pun kena tunggu sampai kami menerima pembayaran tersebut. Hal ini boleh dielakkan (buat masa ini..) dengan anda cash deposit sahaja.. confirm duit direct masuk..dan kami boleh terus buat draft karikatur anda dengan segera.. :)

Besar harapan kami untuk memudahkan lagi anda dan mereka2 yang berada diluar Malaysia... Insyallah Mycartoonnizz akan mengembangkan sayap ke Brunei dan Singapura..Permintaan sentiasa ada cuma masalah tukaran mata wang sahaja...

Sep 18, 2011

Full Color Faizah & Radzi dari Pontian Johor

 Pasangan ini masih bertunang dan karikatur ini bakal dimasukkan ke dalam kad jemputan mereka... tahniah kepada pasangan Faizah & Radzi dari Pontian Johor. Semoga seronok dengan karya kami dan boleh promote pada member2 lain..

Untuk tempahan karikatur mycartoonnizz@gmail.com (nizzam)

Sep 17, 2011

draft Faizah & Radzi

Lagi draft untuk pasangan Faizah & Radzi... nantikan approval mereka untuk kami start kerja2 mewarna dan latar belakang skali... hehe...layan..

Papa & Mama

Job ni lama dah customer ni order... entah camner boleh terlepas pandang... anyway nasib baik dia ok.. dan isnin ni baru dapat tunjukkan pada dia... ini customer offline so senang deal...
Job ni adalah untuk Cetakan & Frame...bakal dijadikan hadiah kepada mom & dad dia.
Harga...? ups.. nanti kami akan umumkan... sebab sebelum ni belum yakin nak buka pakej ni.. hanya yang dok JB jer merasa pakej nih.. :)

Sep 15, 2011

Tema Fantasi... Mai dari Ampang

Salah satu Karikatur terbaru dari kami... bertemakan Wedding Fantasy... Istimewa buat Cik Mai dari Ampang.  Semoga anda berpuas hati dengan hasil kerja kami,,

Untuk tempahan karikatu? email jer kat mycartoonnizz@gmail.com

Sep 12, 2011

Harga Karikatur..

Tips Mycartoonnizz : Kalau nak lukisan yang bermutu jangan ragu-ragu dengan harga yang diberikan oleh artis itu.. Ada sebab dia letak harga begitu.. Harga melambangkan hasil kerja.... ikhlas dari headmaster mycartoonnizz... :P
 Gambar : Karikatur watak X-file.. aku lupa namanyer.. artwork ni dah 12 tahun dihasilkan...Media Pensel Warna.. Masa ni harga untuk 1 artwork aku letak RM10 jer saiz A4.. So boleh bandingkan ye dengan harga sekarang...

Sep 8, 2011

draft karikatur september 2011

New draft... Job awal bulan ni... baru peringkat draft 1.0.. untuk Cik Mai dari Ampang KL...
Nantikan versi penuh apabila artwork ini di sahkan oleh tuan punya badan...

Aug 22, 2011

Hidayah & Nabil

Lagi pasangan yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka lepas raye ni. Tema diorang MERAH... diorang ni kira rezeki dapat artwork mereka dlm masa 3 hari jer...

Kebetulan artis baru balik bermesyuarat di Bukit Jalil, K.Lumpur seminggu.. dia sms dan proceed dgn pembayaran.. zas terus lepas sahur artis ngerjakan draft untuk approval dari Hidayah.. Mlm tu tgk email ada reply dari dia kata "OK SANGAT..CANTIK!!!. "
So apa lagi stay-up lewat sket mlm tu sambung lepas sahur coloring and redering tone.. tup-tup siap lebih kurang jam 1.00 tadi.. Upload dan hantar master ke email nya...

Begitulah kesahnya... betapa syoknya dapat berkarya dengan orang yang memahami kerja seni in... tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan ini Cik Nurul Hidayah & Nabil..


Aug 7, 2011

new job couple caricature Ogos 2011

versi outliner

versi warna penuh

Helo semua.. selamat berpuasa buat semua.. kali ni nak update latest job karikatur.. job daripada Yong Esther yang nka buatkan karikatur untuk parent dia.. sweet tuh.. sempena ulangtahun ke 50... dengar citer diorang ni nak print pada t.shirt so pakai ramai2.. (rujuk jumlah belon tuh... tu sumer anak-anak tuh) sempoi.

So sambil berpose... layan karikatur sampai customer puas hati... terbaeek..

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jul 21, 2011

Bersama Purplenstudio

Salam hormat buat anda semua... agak lama x update disini.. agak sibuk dgn kerja offline. namun bukan x tengok langsung blog ini... apa pun nak maklumkan kepada semua bahawa dalam masa terdekat, insyallah mycartoonnizz akan bersama-sama pakar fotografi perkahwinan iaitu purplenstudio yang beroperasi di Johor-Kuala Lumpur. Iklan kami / pautan lukisan karikatur juga hasil karya seni kami akan dapat dilihat di website purplenstudio... Tapi bukan sekarang... work in progress.. insyallah dalam seminggu dua ni... bila dah lancar.. kira sama2 la membantu mempromosi produk dna servis masing2.. kemajuan dia bisnes bersama-sama..

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan servis dari artis mycatoonnizz sila berhubung terus secara email atau sms ke maklumat dibawah... :)

Mycartoonnizz hotline: 013.2377 983 (nizzam)
email : mycartoonnizz@gmail.com

Jul 10, 2011

Karikatur Bulan Julai

Terima kasih kepada Cik Maria daripada Kuantan... lama jugak tunggu jadik ke tidak nak buat karikatur.. last2, 4 hari lepas bank-in dan send foto... x lama siap jer draft terus approve... kira ni approval terpantas pernah mycartoonnizz terima sepanjang 2 tahun berkarya...hehe tahniah ck Maria, semoga boleh buat macam2 dengan karikatur ini nanti.. :)
Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Lagi Karikatur Pengantin 2011


Pasangan Wan & Nurul daripada Bangi Selangor


Pasangan Mahlil & Haszlin daripada Kedah

Untuk makluman semua harga pakej karikatur kami bermula dari RM68 hingga RM98 sahaja.
Sila baca terma & syarat sebelum menempah... :)

Jul 3, 2011

Draft versi tukar baju...



Hai selamat datang Bulan JULAI...Mycartoonnizz berdoa agar setiap bulan jumlah pengunjung ke blog ini akan bertambah...

Mengikut statistik kunjungan ke blog ini dalam gaya menaik... dari bulan januari dalam 100 pengunjung... bertambah ke bulan Mei mencecah sehingga 500 pengunjung... dan data terakhir pada 30 Jun 2011 yang terbaru seramai 1023 pengunjung telah menjengah blogspot mycartoonnizz...

Terima kasih dari kami kerana anda sudah pandai menilai cara kami bekerja.. Semua ini kami jadikan pengajaran dan perangsang untuk memberikan servis karikatur terbaeekk!!!

Apa pun kita nak story sedikit kisah 2 job terakhir untuk bulan Jun ini yang berlanjutan ke hari ini (insyaallah 2-3 hari siap master).

Mengenai cara approval customer.. macam2.. dan kita sebagai peniaga harus menerangkan sejelas2nya jika ada kekeliruan dan akhirnya kedua2 pihak bersetuju, maka dengan itu mereka ini kebetulan mereka ini nak tukar baju asal draft kepada baju pengantin...

Seperti yang biasa kita buat ialah draft hanya melibatkan bertukaran wajah secara minima dan tidak melibatkan gaya dan pakaian karikatur... oleh kerana mereka nak tukar baju yang dah siap kepada baju pengantin.. artis kena draw lain dan bayaran tambahan akan dibuat...

So pengajaran yang kami nak kongsi disini ialah pastikan anda sudah pasti dengan pakaian apa yang hendak digayakan sebelum artis kami melukis...

Sebarang pertanyaan dan kekeliruan terus terang dgn kami, insyallah kami sedia menjelaskan mana2 yang dapat.

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jul 2, 2011

Edisi terhad Karikatur Solo Berwarna


Customer saudara Zuel & Nurul Ain dari Johor Bahru... Sebenarnya dia order sepasang tapi nak artwok asing2... kita layan jer customer nak macamana... Pasangan ini merupakan jurufoto dan editor untuk Fotografi perkahwinan...boleh tahan bisnes.. syabas.

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jun 25, 2011

Draft Nazri & Shima - Simpang Renggam


Akan datang dalam 2 hari lagi siap... tempahan khas pasangan nazri & shima.

Tempahan : Special Theme

Karikatur ini akan dipersembahkan dalam 2 versi iaitu versi tema couple dan versi pengantin..

Ekslusif untuk tahun 2011 ini.... Terbaeeeekk..!!

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jun 21, 2011

Final Karikatur Rabiatul & Hafiz


Nah,,, siap jua karikatur pasangan ni.. new job daripada Studio Inspirasi..

Pasangan ini akan menempah kad jemputan kahwin mereka.. nnt dah cetak kita lihat hasilnya..

Tahniah untuk pasangan ini.. dan selamat membuat persiapan perkahwinan.

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jun 20, 2011

Bunting Design


Bunting design ... sekolah ku ceria... istimewa daripada Mycartoonnizz sempena kempen sekolah bersih dan selamat.. tahniah SMKTA.


Untuk tempahan reka bentuk grafik 013-2377 983 (nizzam)

Jun 19, 2011

perubahan dan permntaan pelanggan

Bulan Jun dah sampai pertengahan jalan... alhamdullillah target untuk bulan ini... bagi tempahan karikatur sudah lepas.. syukur.

Disini saya ingin berkongsi informasi tentang editing / update tag jika anda perasan setiap outliner yang keluar dgn tulisan draft 1.0 atau 2.0... itu bererti karikatur itu belum final dan customer boleh minta perubahan.. namun nak beri jelas disini ialah.. apa yang boleh di ubah dan tidak.

Draft 1.0 / 2.0
Apa yang boleh ubah:
  1. senyuman / bibir mungil
  2. fesyen / gaya rambut
  3. bentuk muka (nampak kurus / berisi...)

Apa yang TAK boleh ubah:
  1. Gaya pose / tubuh badan
  2. Pakaian
  3. Latar belakang
Sebab itu draft ada yang sampai 3.0 kerana ada customer yang mahukan terbaik dari mycartoonnizz... dan kesannya berlaku kelewatan sebab kena edit semula..

Jadi harapan kami disini agar anda dapat menetapkan tema dan kehendak lukisan karikatur sebelum membuat pembayaran tempahan..

Semoga info ini sangat-sangat memberi manfaat kepada anda..


Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jun 13, 2011

Darft Imah dari Bangi


Draft cik Imah dari Bangi.... new job dari agen kami Cik Ana... kami menunggu respon customer... :)
Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jun 11, 2011

Wynda & Tunangnya... Full Color Background


Salam hormat kepada anda semua, kali ini giliran pasangan wynda dan tunangnya.. selamat pengantin baru nanti.. jangan lupa jemput kami yek..

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jun 9, 2011

Cara menempah Karikatur

Salam hormat buat bakal pelanggan semua,, ramai yang keliru kaedah menempah karikatur di Mycartoonnizz... Tak lah sesusah mana.. dan mungkin kaedah nya tak sama dengan pelukis karikatur lain..

Apa kata ambil nota ini sebagai panduan:

  1. Sms no HP pelukis untuk menyatakan hasrat dan pakej karikatur mana yang berkenan
  2. Anda akan menerima no akaun bank untuk membuat pembayaran penuh sebelum kerja2 lakaran (draft) dimulakan
  3. Email foto tercomel anda (jelas) bersama data-data ringkas seperti tema latar belakang, warna dan jenis pakaian dsb
  4. Dalam tempoh 24 jam selepas anda bank-in bayaran, draft akan siap untuk approval dari anda.
  5. Lulus jer artis kami akan mula melakukan kerja mewarna dan ia mengambil masa 2 hingga 3 hari bekerja.
  6. Apabila siap sahaja anda akan menerima set fail berformat JPEG dengan resolusi 150 dpi yang sesuai untuk cetakan.
Dengan itu urusniaga kita telah tamat. dan anda mempunyai hak 100% untuk karikatur anda..buatlah ikut suka anda.. pihak kami merasa bangga jikalau anda memberi respon dan email foto2 bagaimana kreatif anda mencetak karikatur anda.

Dah jelas kan... ok selamat menempah
Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

Jun 8, 2011

Wynda bridal....

Udah siap draft untuk Wynda dan Tunangnya... menunggu approval dari anda...
Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

May 29, 2011

Tema Sakura untuk Ana & Razis - KL


Istimewa untuk pasangan Ana Farhana dan Razis yang sangat sukakan tema Bunga Sakura... Insyallah lukisan kariakatur ini bakal menjadi item utama yang bakal ditayangkan pada majlis resepsi mereka nanti... dan juga katanya mereka akan mereka bentuk pelamin dan kad jemputan mereka sendiri.. almaklum diorang ni memang bidang perkahwinan pun..

Apa pun tahniah dan memang best berurusan dengan diorang ni...

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

May 23, 2011

new couple update...sensasi cinta

Tahniah kepada pasangan muiz dan zila,,, baru jap tadi emailkan master karikatur diorang dan dah boleh tempah kad jemputan kahwin lepas ni.. nnt jangan lupa scan kad kahwin nanti untuk tatapan kami disini...

Kepada mereka yang x tau, pakej diatas cuma RM20.00 sahaja.. sebab hanya outliner sahaja... kalau nak warna pakej kita RM68.00 sebab ada beberapa perisa tambahan pada karikatur itu nanti...

Berminat boleh email kami di mycartonnizz@gmail.com atau sms 013.2377983

lagi Draft karikatur - muhaimin

Ahh... lagi draft karikatur untuk saudara muhaimin dari Kajang.. tunggu approval dari anda... :)

Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

May 22, 2011

updater karikatur da... draft dulu


salam hari ahad... i baru uploadkan dalam fb akan draft pasangan fieza & yusof yang akan menggunakan karikatur ini pada kad jemputan mereka.. harap2 diorang suka... :) versi color coming soonnnn....
Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

May 20, 2011

iDEA...

Salam hormat,,

Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kerja team mycartoonnizz.. kami disini sentiasa melakukan yang the best untuk memuaskan hasrat permintaan anda (pelanggan)..

Berbagai respon dan komen terhadap hasil kerja mycartoonnizz terutama sekali lukisan karikatur dan kebanyakkannya kami terima dengan hati terbuka dan positif. Sememangnya kita hanya dapat merancang dan Tuhan yang menentukan.. Komen dan teguran sangat dialu-alukan dan setakat ini tidak lah ada yang nak marah2..(alhamdullillah).. dan ramai sekali yang memuji hasil karya kami ... TERIMA KASIH...!! Kami dengan rendah diri menerima pujian tersebut..

Dari masa ke semasa pihak kami akan melakukan promosi dan yang terdekat ialah jelajah Mycartoonnizz yang akan berlangsung selama 1 minggu di beberapa tempat. Nantikan kehadiran kami nanti, kalau jumpa jangan malu-malu untuk mendekati kami... ( kami x makan orang.. :P )

Jumpa nanti ya....
Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)
Draft yang belum sempat di kemaskini...
Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

May 18, 2011

Tempah T.shirt Karikatur Anda disini..!

Tahniah kepada Eizustshirt.com kerana semakin maju dalam bisnes mereka dan kru mycartoonnizz merasa bangga kerana beberapa karya dari customer kami telah dicetak baekk punya oleh Eizustshirt.com.

berikut adalah bebarapa contoh karya mycartoonnizz yang telah dicetak oleh mereka... terbaekk lahh..!!
Antara proses mencetak t.shirt.. sempoi jer keje diorang nih... respek..



Bawah ni lukisan asal sebelum dicetak... sempoi..


Kalau nak tengok camner draftnyer... klik sini drafter
Kepada yang berminat nak tempah reka bentuk boleh deal direct email ke mycartoonnizz@gmail.com

Untuk tempahan karikatur: mycartoonnizz@gmail.com
Untuk tempahan jurufoto : IsometrikDP
Untuk tempahan t.shirt : Eizushirt.com
Untuk tempahan kad kahwin : StudioNS

May 14, 2011

Vector DPIM 50th Generation



Tempahan vector design untuk poster reunion daripada En Fariq - Kluang. Dorang ni akan mengadakan majlis reunion kawan2 batch masa study UiTM. Idea asal logo ini dilukis tangan dan pernah di cetak ke atas t.shirt. Vector ini akan dijadikan poster sign bagi dicetak banyak semasa program tersebut. Cetakan kecil bersaiz A4 juga dikatakan dilaminate dan diserahkan kepada semua hadirin sebagai tanda kenang-kenangan.

Syabas diucapkan kepada team En Fariq semuga kejayaan mengadakan program ini dapat mengeratkan tali silaturahim sesama rakan-rakan belajar.

Untuk tempahan grafik emel ke mycartoonnizz@gmail.com

Edisi terhad Karikatur Solo Berwarna- 1st Customer

1st customer yang merasa edisi terhad latar belakang versi color only... Saudari Zila dari KL..

Reka bentuk latar belakang yang tersedia untuk TEMPAHAN BULAN MEI 2011 ini..!

Ianya PERCUMA ..! Biar betul..?! .. Editor tak salah taip dan ini lah peluang anda untuk mengabadikan wajah anda, rakan, saudara atau sesiapa yang istimewa dalam bentuk LUKISAN KARIKATUR DIGITAL...


Promosi ini akan tamat hingga 30 MEI 2011. jam 12.00 tengah malam..


Harga Karikatur : RM38.00 sahaja.
Tempoh : 4 hari (1hari darft, 3 hari final artwork)
Resolusi bahan : minima 1MB format JPEG.
Cetakan Terus : A4 paper


Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)
atau email mycartoonnizz@gmail.com


Untuk tempahan karikatur 013-2377 983 (nizzam)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...