Jul 30, 2010

Mahirkan media anda


Salam hormat buat semua,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang media dalam melukis. Terdapat berbagai alat dan bahan yang membolehkan kita untuk menghasilkan daripada contengan, lakaran, lukisan hinggalah catan.

Sejak dari zaman kanak-kanak saya telah diperkenalkan dengan media pensil kayu dan warna pensil. Ketaksuban terhadap media dan mastering saya terhadap media ini berlanjutan sehingga awal sekolah menengah dan saya mula diperkenalkan dengan media basah iaitu warna air. Susah dan mencabar pada peringkat awal namun atas minat dan kecenderungan terhadap seni lukis perkara tersebut ditepis sedikit demi sedikit. Akhirnya pada peperiksaan SPM saya boleh mewarna dengan kaedah yang paling saya gemar iaitu basah atas kering. Sebut sahaja lukisan pemandangan apa yang keluar dalam soalan saya pasti mencubanya.

Namun terdapat kelemahan pada diri iaitu untuk mewarna figura dengan menggunakan warna air (penggunaan berus) amat mencabar. Alhamdulillah apabila saya berpeluang menjejakkan kaki ke UiTM (ketika itu di gelar ITM) di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, barulah saya di dedahkan dengan kaedah yang mudah dan efisyen menggunakan berus untuk mewarna sebarang objek samada pemandangan atau figura manusia.

Dan ketika itu peluang untuk meneroka media selain pensil warna dan cat air amat luas. Disana saya berpeluang menggunakan media catan minyak, akrilik, oil pastel, soft pastel dan air brush. Satu perkara yang paling teruja semasa sesi pembelajaran disana ialah ketika kami di dedahkan asas line drawing dengan menggunakan ink cina (yang busuk..!) sebagai media utama, dan tentu lah warnanya hitam pekat dan untuk mendapatkan tone kita boleh campurkan kepekatan dakwatnya dengan AIR!

Cukup setakat ini coretan tentang media sebagai permulaan topik. Harap input ini dapat memberi semangat kepada mereka2 yang berminat dalam bidang seni lukis.

Adios..!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...